Friday 2 November 2012

keSETIAan

kadang-kadang kita jatuh cinta pada 2 insan yang berbeza..mengapa?? mungkin hati itu terdetik untuk mendua..jika si jejaka yang sedemikian rupa 'manis' la juga..tapi jika si dara?? haha.. zaman sekarang tidak kira anda lelaki atau perempuan semua di pandang sama sahaja.. kenapa?? kerana tiada beza antara 2 insan ini.. apa yang si jejaka lakukan si dara juga mahu mencuba.. si dara rasa mereka mampu lakukan apa yang si jejaka lakukan.. pada kebiasaannya apabila si jejaka mula mendua si dara juga tidak kurang hebatnya.. kononnya si dara ingin menunjuk kuasa.. lihatlah kini si dara lagi hebat mendua.. tiada bezanya.. bukankah lagi baik jika saling setia?? tiada peroleh apa2 jika saling mendua.. merugikan sahaja.. setialah pada mereka yang setia.. 

Tuesday 30 October 2012

suara hati

bukan aku tak cinta bukan aku tak sayang, tapi aku ibarat kapal yang kehilangan arah, ketiadaanmu secara tiba2 telah membuat aku tak kenal lagi makna percaya.kau kata kita akan mengharungi hidup ini bersama2 tapi kini aku sendirian menongkah arus, mengapa? mungkinkah antara kita sudah tiada jodoh? anggap sahaja apa yang pernah kita lalui itu dahulu adalah secebis memori untuk di jadikan kenangan yang abadi..

pernahkah kau merasa cintamu di dusta? pernahkah kau merasa hatimu di sakiti? mungkin pernah..tapi kenapa harus kau melukai yang lain? sudahlah,hentikan saja semuanya..uang yang keroh ambil yang jernih..jangan kau padam api cinta yang sedang menyala..


Sunday 22 April 2012

BENARKAH ITU ???

selalu kau bisikkan kata2 cinta kepada aku.. kadang2 aku jd keliru adakah benar kata2 mu itu?? kau kata kau suka aku,tp kau sering lukakan hati aku.. kau kata kau sayang aku tp kau selalu sakiti aku.. itukah cara kau menyanyangi aku?? tekadang aku bertanya sendiri, apakah aku harus disakiti untuk dicintai?? apakah aku harus dilukai untuk disayangi?? atau kata2 mu itu hanya mimpi d siang hari?? adakah kata2 mu itu hanya sekadar dibibir mu?? adakah itu hanya pemanis kata dari mu?? adakah cinta itu hanya kata2 sahaja??
banyak kata yang tak dapat di rungkai stu per satu,aku tahu kita banyak persamaan tp tk semestinya itu melambangkan keserasian buat kita.. aku tahu kau sangat di kenali tp aku langsung tak di ketahui.. dunia kita berbeza,mungkin hadirku hanya sekadar untuk mengisi kekosongan diri mu.. aku tidak seperti si dia yang kau pernah sanjung dulu,aku & si dia amat berbeza.. aku tidak layank untuk bersama kau..
maka biarlah aku menyintai kau hanya dalam hati walaupun kau kata kau cintakan aku.. cukuplah aku tahu yang kau cintakan aku, & sebenarnya aku juga menyintai kau sesungguhnya.. pada aku biarlah cinta kau mekar di hati ini walaupun hakikatnya tidak pasti..
kau & aku memang banyak perbezaan walaupun pada hakikatnya kita mempunyai persamaan dari semua segi.. aku hanya mampu menyintai kau dalam hatiku wahai kekasih yang tak dianggap..

Sunday 8 April 2012

cinta amat luas maksudnya.. cinta ibarat udara, walaupun kita tak nampak kita tetap perlukannya.. mungkin kita sering menyalahkan cinta apabila kita gagal dalam bercinta.. jangan sesekali menyalahkan cinta kerana kita yang gagal mengendalikannya, kita  yang gagal meguruskannya.. jika kita gagal bercinta itu bermakna dia bukan milik kita, mungkin ada yang lebih baik untuk kita.. jangan ssekali menyerah kerana cinta tidak akan datang kalau kita tak mencarinya.. cinta itu indah tetapi kita yang tidak menjaganya,pabila kita gagal bercinta bermati-matian memusuhi cinta,padahal kita sendiri yang mengagalkannya.. cinta itu mengembirakan bukan menyedihkan, cinta itu menguatkan bukan melemahkan..

Saturday 7 April 2012

kusayang kamu kurindu kamu

aku sebenarnya rapat dengan lelaki bernama "a".. aku & si "a" ni sangat rapat.. segala-gala tentang aku dia tahu & segala-gala tentang dia aku tahu.. ibaratnya aku & dia adalah 1.. segala suka duka kami sentiasa bersama, ketika aku susah dia membantu & ketika dia susah aku akan membantu.. kami sebenarnya mempunyai 1 sikap yang sama iaitu "EGO"! aku tahu dia sukakan aku & dia juga tahu aku sukakan dia.. kami hanya mampu mendiamkan diri tanpa meluahkan sedikit pun.. masing2 hanya mampu memendam rasa.. dalam masa yang sama aku ada berkenalan dengan lelaki bernama "b".. aku & "b" ni agak rapat juga.. hal ini kerana si "b" sebenarnya telah meluahkan perasaannya pada aku.. aku hanya diam & mengatakan biarlah kita berteman dahulu.. lantas aku menyeritakan hal ini kepada si "a".. "a" pada mulanya menyatakan pendapat bahawa dia berasa bersyukur kerana aku akan dimiliki oleh orang, tetapi raut wajah serta pertuturannya aku tahu "a" kecewa kerana aku akan bersama lelaki lain.. lantas aku pun memberitahu yang aku akan hanya menerima orang yang semacam dia & "a" mengerti akan maksud aku.. kemudian terahirlah seukir senyuman di bibirnya.. aku sbenarnya tidak tahu bagaimana hendak meluahkan perasaan itu kepadanya.. aku akan berasa cemburu jika ternampaknya bersama perempuan lain & dia juga begitu..
pada suatu hari, kawan si "a" ternampak aku keluar bersama si "b" & kemudian aku menerima mesej yang ringkas tulisannya 'jg dry baik2 u'.. aku tidak mahu mengerti akan pesana itu tp aku tahu sesungguhnya dia marah padaku..
"awak saya nak pelok awak sebab nak pinjam bahu awak untuk menangis.. saya perlukan awak, saya sayang awak saya rindu awak.."

Wednesday 4 April 2012

sekadar luahan

mencintai dan di cintai adalah sesuatu yang berbeza.. kita mungkin menyintai seseorang mungkin kerana paras rupa,mungkin pd pandangan pertama dan mungkin pd sifat yg ada pdnya.. kita juga tidak mengetahui siapa sebenarnya yan kita cintai dan siapa yang menyintai kita.. segala-galanya adalah berbeza.. cinta akan hadir tanpa kita duga.. cinta juga boleh pergi tanpa kita minta.. maka cintailah seseorang itu kerana kita ikhlas menyintainya, bukan menyintai kerana simpati padanya..
cinta umpama ombak yang ada pasang surutnya, tp jangan biarkan cinta kita seumpama itu kerana sesungguhnya ia akan memusnahkan pantai kepercayaan.. tp biarkan cinta kita seteguh karang di laut kerana sesungguhnya ia tidak mudah musnah.. hargai cinta semasa ia masih lagi terasa..

Wednesday 28 March 2012

kehidupan

kehidupan umpama roda, kejap d atas kejap d bawah.. pabila kita d atas jangan lupa orang yg ada d bawah, pabila kita berada d bawah banyakkan lor bersabar.. sesungguhnya Allah itu sedang menguji kita, berserah sahajalah padaNya..

jangan kita berbangga diri pabila kita berada d atas kerana sesungguhnya kita tidak tahu bila kita akan jatuh, dan pabila kita berada d bawah jangan lor bersedih kerana kita juga boleh berada d atas.. d uji dan teruji adalah lumrah kehidupan, kerana ujian itu mematangkan kita itu pn terpulang dengan apa yg kita lakukan.. jangan lor kita mudah berputus asa dengan apa yang terjadi..

c.i.n.t.a.

cinta itu umpama belacan, makin pedas makin sedap tp sendiri lor yang sakit perot..

pernah tak korang rasa korang syg sangat kt smone ni n smone ni pn ckp yg dy syg kt korang??? korang pn berjanji utk sama2 tuk suka n duka??? tp last2 dy buad tak tau je ngn korang, apa korang rasa??? mesti korang sakit hati kn??? ahaha
sesungguhnya itu bkn lor yg terbaik utk korang, krn apabila semakin kita kejar semakin jauh ia pergi jadi biarlah ia pergi sejauhnya dan jika ia milik kita pasti ia akn kembali kpd kita..
berserah dan pasrah itu penting~